SIDANG MEDIA GWGF DAN KETUA-KETUA PENEROKA MENGENAI PENYENARAIAN FGVH DI BURSA MALAYSIA

SIDANG MEDIA GWGF DAN KETUA-KETUA PENEROKA MENGENAI PENYENARAIAN FGVH DI BURSA MALAYSIA


Kuala Lumpur: Hari ini adalah merupakan hari yang bersejarah kerana dua (2) Badan Gergasi Besar yang mewakili peneroka dan penerowati serta generasi baru peneroka di 317 tanah rancangan FELDA telah bersatu bergabung dibawah satu bumbung dengan tujuan tidak lain ialah untuk menyelesaikan masalah di tanah rancangan FELDA termasuklah isu penyenaraian FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING (FGVH).

Dua (2) badan itu ialah Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP) yang merupakan sebuah badan yang dianggotai oleh Ketua-ketua Peneroka dan Penerokawati peringkat Wilayah FELDA yang mewakili 112, 635 peneroka yang diketuai oleh Ketua Peneroka Kebangsaan, Encik Samsudin Othman manakala badan induk yang mewakili anak peneroka generasi baru FELDA iaitu Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dimana 14 buah persatuan badan NGO dibawah naungannya yang diketuai oleh Ybhg Tan Sri Rozali Ismail, anak peneroka FELDA Gedangsa, Hulu Selangor.

Kedua-dua badan ini bersetuju bergabung dibawah satu gabungan baru yang dinamakan           GABUNGAN PENEROKA GENERASI WAWASAN FELDA KEBANGSAAN (GEMPAK). Hari ini memorandum persefahaman (MoU) diantara kedua-dua badan ini ditandatangani dimana kedua-dua badan ini bersetuju melantik Encik Samsudin Othman sebagai Presiden dan Ybhg Tan Sri Rozali Ismail sebagai Timbalan Presiden serta mewujudkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif.

Berkaitan isu penyenaraian FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING ke Bursa Malaysia,   GEMPAK bersetuju  untuk melantik konsultan bebas samaada dari luar negara atau dalam negara yang berpengalaman dalam bidang ini membuat kajian bagi memantapkan maklumat penyenaraian ini.  Satu panel khas dibawah GEMPAK ini diwujudkan dan akan diketuai oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail yang mempunyai pengalaman yang amat luas serta telah berkecimpung selama lebih 15 tahun di dalam dunia perniagaan yang melibatkan penyenaraian syarikat ke Bursa Malaysia.

Panel khas yang ditubuhkan oleh GEMPAK ini juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak FELDA, FGVH, Koperasi Permodalan FELDA Berhad(KPF) dan lain-lain agensi yang terlibat dengan penyenaraian ini. Setelah kajian disiapkan dan perbincangan diadakan dengan pihak konsultan bebas yang dilantik, panel khas akan mengemukakan keputusan lengkap kepada Jawatankuasa Eksekutif GEMPAK dan setelah diluluskan laporan khas samada pihak GEMPAK menyokong atau tidak penyenaraian ini akan dimajukan kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab tentang hal elwal FELDA.

Justeru, Encik  Samsudin Othman selaku Presiden GEMPAK dan Ybhg Tan Sri Rozali Ismail selaku Timbalan Presiden GEMPAK menyeru kepada semua masyarakat peneroka dan anak-anak peneroka serta kakitangan FELDA agar bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penyenaraian FGVH ini sehingga kajian yang dilakukan oleh GEMPAK ini selesai dilaksanakan.

Pihak FELDA dan FGVH juga diharap agar tidak meneruskan sesi perjumpaan dan penerangan mengenai isu penyenaraian FGVH kepada masyarakat FELDA seperti yang dilakukan mereka sebelum ini disebabkan mesyuarat khas GEMPAK akan  diadakan bagi mendapatkan butiran-butiran penyenaraian dari FELDA dan FGVH sendiri.

GEMPAK juga menyeru pihak-pihak luar seperti ahli- ahli politik, pengkritik dan cerdik pandai ekonomi agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang akan mengeruhkan keadaan serta kenyataan-kenyataan yang tidak tepat kerana ianya hanya akan mengganggu dan melambatkan panel GEMPAK untuk membuat keputusan yang tepat demi kebaikan seluruh masyarakat PENEROKA di seluruh Negara.


Samsudin Othman                                                Tan Sri Rozali Ismail
Presiden                                                      Timbalan Presiden
_________________________________________
Gabungan Peneroka Generasi Wawasan FELDA Kebangsaan (GEMPAK)

Read More

LATIHAN PELBAGAI BIDANG OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

LATIHAN PELBAGAI BIDANG OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF)  berusaha  untuk   menangani masalah Generasi FELDA yang tercicir di dalam pelajaran dan tidak mempunyai peluang pekerjaan. Generasi FELDA yang tercicir di dalam bidang pelajaran akan diberikan peluang latihan dalam pelbagai bidang oleh Kementerian Sumber Manusia. Golongan muda dari FELDA seluruh negara boleh memohon untuk mendapatkan latihan bagi menjadi tenaga kerja mahir  sekaligus menampung kekurangan tenaga kerja mahir negara bagi menuju ke arah negara maju. 

 ** borang permohonan boleh didapati melalui laman web GWGF atau link berikut : http://www.gwgf.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=977&Itemid=191

SENARAI BIDANG YANG DITAWARKAN DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA :

1.0   TA : TEXTILE & PAKAIAN
1.1   Pembuat pakaian wanita
1.2   Pembuat pakaian lelaki
1.3   Pembuat pakaian wanita kanan
1.4   Penyelia pembuat pakaian wanita
1.5   Eksekutif fesyen dan pakaian

2.0   JENTERA DAN PENGANGKUTAN DARAT
2.1   Juruteknik automotif servis tayar
2.2   Juruteknik kenderaan motor
2.3   Pengurus automotif

3.0   INDUSTRI TERNAKAN DAN PERIKANAN
3.1   Kru mahir Teknologi perikanan tangkapan
3.2   Pembantu nakhoda teknologi perikanan tangkapan
3.3   Nakhoda teknologi perikanan tangkapan pesisir

4.0   ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN KOMUNIKASI

4.1   Elektrik
4.1.1          Jurutera Elektrik

4.2   Elektronik
4.2.1          Juruteknik Kanan Elektronik Industri-peralatan
4.2.2          Jurutera Elektronik Industri

4.3   Telekomunikasi
4.3.1          Juruteknik Telekomunikasi- pemasangan
4.3.2          Jurutera telekomunikasi- operasi rangkaian perhubungan pelanggan

5.0   Penyelenggaraan/ Pusat Khidmat
5.1   Juruteknik sistem computer
5.2   Juruteknik rangkaian computer
5.3   Pembantu eksekutif sistem computer
5.4   Eksekutif sistem computer
5.5   Jurutera rangkaian

6.0   Hospitality dan Perlancongan

6.1   Perhotelan
6.1.1          Pembantu penyedia makanan
6.1.2          Penyedia makanan
6.1.3          Penyelia/ketua seksyen Penyediaan makanan
6.1.4          Pengurus makanan dan minuman

6.2   Perkhidmatan Peribadi
6.2.1          Pendandan rambut muda
6.2.2          Pendandan rambut
6.2.3          Pendandan rambut kanan

6.3   Perlancongan & pengembaraan
6.3.1          Pemandu pelancong

7.0   MESIN & PERALATAN

7.1   Automasi Perindustrian & Mekatronik
7.1.1          Juruteknik Automasi senior
7.1.2          Jurutera automasi perindustrian
7.1.3          Jurutera Mekatronik

7.2   Teknologi Pemesinan Logam
7.2.1          Pemesin (operasi larik)
7.2.2          Penolong jurutera pembuatan – CAD/CAM
7.2.3          Jurutera peralatan

7.3   Perindustrian Mekanikal
7.3.1          Juruteknik rekabentuk produk industry
7.3.2          Juruteknik kanan rekabentuk produk industry
7.3.3          Juruteknik kanan jaminan kualiti
7.3.4          Jurutera jaminan kualiti (pembuatan)

7.4   Teknlogi Kimpalan & Fabrikasi
7.4.1          Juruteknik kimpalan arka logam berperisai (keluli karbon & keluli tahan karat)
7.4.2          Jurutera kimpalan (Fabrikasi)

7.5   Penyelenggaraan Mesin & peralatan
7.5.1          Jurutera Pembinaan dan penyelenggaraan mesin

8.0   MECHANICAL & ELEKTRICAL SERVICE & MAINTENANCE

8.1   Penyejuk Bekuan & Penyaman Udara
8.1.1          Juruteran Penyaman Udara, penyejukbekuan & Pengalihan udara mekanikal

9.0   PACKAGING

9.1   Industri Plastik
9.1.1          Juruteknik Kanan Pengeluaran Plastik
9.1.2          Plastic Production manager

10.0            EDUCATION & TRAINING SERVICES

10.1            Pengajar
10.1.1      Pegawai latihan vokasional
10.1.2      Eksekutif latihan vokasional
10.1.3      Pengurus latihan vokasional


Jika Bidang yang anda ingin pohon tiada di atas, sila nyatakan pada borang permohonan




Read More

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JABATAN SAJIAN MAKANAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JABATAN SAJIAN MAKANAN

PENYAMBUT TETAMU
KRITERIA :
Kelulusan SPM / Kolej Latihan berkaitan
Berpersonaliti menarik
Bijak berkomunikasi dan mesra

PEKERJA BAHAGIAN DAPUR
KRITERIA :
Kelulusan SPM/STPM/Sebarang sijil latihan persediaan makanan
Seorang pembersih dan jujur
Mempunyai tahap kesihatan yang baik

JURUAKAUN/SECRETARIAT
KRITERIA :
Kelulusan SPM/STPM dengan keutamaan kepada pemegang sijil perakaunan,kesetiausahaan,pengurusan dan ekonomi.
Seorang yang jujur

PEKERJA STOR DAN LOGISTIK
KRITERIA :
Kelulusan PMR/SPM
Mempunyai pengalaman kerja di bahagian logistik dan stor
Mempunyai tahap kesihatan yang baik


PEMANDU DAN PEKERJA AM
KRITERIA :
Kelulusan PMR/SPM
Mempunyai lesen memandu yang bersesuaian
Mempunyai disiplin yang tinggi
Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Sila hantar resume melalui Faks (03-55180996) atau Email(ukerjaya@gwgf.org.my) kepada Unit Kerjaya GWGF.
Sila hantar permohonan sebelum 15 November 2011.
Read More

jom kenali Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK)

jom kenali Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK)

MAKLUMAT AM :
Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 21hb November 2010 oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan merupakan satu saluran alternatif baru kepada warga FELDA untuk menyuarakan aduan dan pandangan berkaitan permasalahan yang dihadapi. BAPAK merupakan satu biro perantara dimana masalah dan aduan yang disampaikan oleh warga FELDA akan di salurkan kepada pihak yang berkenaan. Berpegang kepada slogan “Masalah anda, Masalah kami”, BAPAK berharap ianya dapat memberi faedah kepada semua warga FELDA terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkit oleh warga FELDA.

VISI
Peneraju utama penyelesaian masalah warga FELDA

MISI 
Menjadikan Biro Aduan GWGF sebagai tempat aduan utama berkaitan masalah rancangan tanah FELDA dan generasi baru FELDA.


OBJEKTIF
·      Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan.
·      Untuk mendapat maklum balas warga FELDA bagi menjayakan pembangunan di dalam tanah rancangan FELDA.
·      Untuk menyelia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada warga FELDA.
·      Untuk memberi khidmat nasihat kepada pengadu dan agensi berkaitan dan meningkatkan sistem pengurusan aduan.

JAWATANKUASA BERSAMA GWGF-BAPAK 
Pegawai daripada FELDA       : 5 orang
Pegawai daripada GWGF       : 5 orang

SALURAN ADUAN
·      Talian Bebas Tol : 1-800-88-4943 (8.00 PAGI HINGGA 6.30 PETANG)
·      SMS : 019- 389 4943
·      Faks : 03-5518 0996
·      E-mel : aduan@gwgf.org.my
·      Surat & Borang Aduan
·      Portal : www.gwgf.org.my/aduan
·      Sukarelawan GWGF di 317 buah Tanah Rancangan FELDA

Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN